MERAWAT DENGAN HABBATUS SAUDA (PENAWAR SEGALA PENYAKIT)
𝑴𝑬𝑹𝑨𝑾𝑨𝑻 𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑯𝑨𝑩𝑩𝑨𝑻𝑼𝑺𝑺𝑨𝑼𝑫𝑨’ - 𝑯𝑬𝑹𝑩𝑨 𝑴𝑼𝑱𝑨𝑹𝑨𝑩 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑫𝑰𝑺𝑨𝑩𝑫𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳𝑼𝑳𝑳𝑨𝑯
Habbatussauda’ - Black Seed / Black Cumin, nama melayunya Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba yang terkenal mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan kebenaran manfaat tumbuhan ini bagi kesihatan manusia.
Khasiat dan manfaatnya juga telah terbukti pada kajian sains moden.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :
"في الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا السّامّ"
“Pada Habbatas Sauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.” [HR Bukhari - Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]
Sabda Nabi (SAW) :
"عليكم بهذه الحبّة السّوداء فإن فيها شفاء لكلّ داء إلا السّامّ"
“Hendaklah kamu (sentiasa) mengamalkan Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
𝑲𝒉𝒂𝒔𝒊𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒏𝒇𝒂𝒂𝒕 :
Antara kajian dan penelitian terawal tentang manfaat Habbatussauda’ ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut :
“Habbatussauda’ mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya”. (“Canon Of Medicine” by Abecene – (قانون في الطّبّ.
Imam An-Nawawi ketika membahaskan hadith ini mengatakan bahawa :
Habbatussauda’ tidak sesuai pada penyakit tertentu seperti penyakit berkaitan sejuk. Katanya lagi : “Sesungguhnya Rasulullah (SAW) menggambarkan sebegini berdasarkan apa yang disaksikannya pada kebiasaan keadaan para sahabatnya.” - [Syarh An-Nawawi ‘ala Muslim 14/196]
Penelitian bidang nutrisi dan perubatan moden, yang dimaksudkan dengan penyakit sejuk yang dinaqalkan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani ialah penyakit yang berkaitan dengan cuaca sejuk atau lembab seperti Asma, Lelah, Sesak Nafas, dan apa sahaja masalah berkaitan paru-paru, yang mana kondisi penyakit tersebut lebih tepat perawatannya menggunakan Habbatussauda’ kerana sifatnya yang panas.
Jom amalkan setiap hari, sama ada diminum minyaknya, disapu, atau dicampurkan dalam makanan atau minuman. Jangan pernah tinggal untuk mengamalkannya, lebih2 lagi yang bermasalah pada organ paru-paru (penat, lelah, asthma, batuk, kahak, resdung, susah bernafas, tidur berdengkur dll).
𝑲𝒍𝒊𝒌 𝒍𝒊𝒏𝒌 𝒊𝒏𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒊𝒏𝒚𝒂𝒌 𝑯𝒂𝒃𝒃𝒂𝒕𝒖𝒔 𝑺𝒂𝒖𝒅𝒂 𝑶𝒍𝒊𝒗𝒆 𝑯𝒐𝒖𝒔𝒆:-
Www.wasap.my/601155065442
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#mudahnyaaafiyat

Comments
Post a Comment